Thursday 8 March 2012

            ZAMAN DAHULU

1.UKURAN
  1. unit relung mengukur luas tanah.
  2. megukur jarak antara 2 tempat.
  3. berdasarkan tempoh masa berjalan.
  4. sepelaung, setenak nasi,...
  5. mengukur jarak pendek sesuatu benda ukuran menggunakan anggota badan seperti jengkal, kaki, digit, depa, hasta, kuku, dan sepelaung.
2.MASA
  1. tidak menggunakan unit tetap dalam ukuran masa.
  2. menggunakan jam matahari dan jam kaca.
3.TIMBANGAN BERAT
  1. menggunakan binatang.
  2. mereka juga mencipta alat utk ukuran dacing dan pikul.
4.ISIPADU
1.    alat yang digunakan seperti kaul, cupak , dan gantang.
5.SUHU
        1. hanya anggapan sejuk/panas.
        2.Tidak ada peralatan khusus untuk mengukur suhu.



            ZAMAN SEKARANG

1. UKURAN

1. alat yg digunakan untuk mengukur jarak seperti pembaris dan pita pengukur.
2.unit jarak seperti mm, cm, m, km.
3.S.I unit meter(m).

2. MASA
                1.menggunakan jam tangan.
                2.unit saat, minit, dan jam.

3. TIMBANGAN BERAT
                1. alat yang digunakan seperti penimbang elektronik.
                2. unit ukuran berat seperti g, kg.
                3. S.I unit = kilogram (kg).

4. ISIPADU    
                1.menggunakan bekas silinder, bikar, pengukur.
                2.unit mm,cm, m (cubic).
                3. S.I unit m (cubic).

5. SUHU
                1. menggunakan thermometer.
                2. S.I unit Kelvin.

DEFINISI UKURAN

Posted by AZIMI2071

  • Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
  • Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda, pembinaan tempat kediaman/ bangunan untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sesuai, rekaan pakaian dan sebagainya.
  • Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yg terawal diketahuai telah dicipta pada abad ke-3 dan ke-4sm dlm kalangan masyarakat mesopotamia, mesir, dan lembah indus.
  • banyak sistem diasaskan dng penggunaan bahagian badan dan benda sekeliling untuk mengukur.

Sunday 15 January 2012

ALHAMDULILLAH

Posted by AZIMI2071

Akhirnya telah selamat menjalani peperiksaan di Tanjung Mallim pada 14/15.1 2012.
Dengan harapan kuputusan yang diterima baik sahaja... hehehe
sekarang tumpukan kerja di pejabat...

Sunday 18 December 2011

Posted by AZIMI2071

Apakah cerita matematik yang murid boleh buat tentang gambar diatas?

Tuesday 1 November 2011

Mansuh PPSMI: Keputusan Dibuat Berdasarkan Masalah Murid & Guru

Posted by AZIMI2071

SEREMBAN: Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat selepas mengenal pasti terdapat murid-murid yang masih sukar berkomunikasi dalam bahasa tersebut sejak program itu diperkenalkan enam tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu turut mengambil kira masalah guru-guru yang tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak membuat keputusan dengan tergesa-gesa tetapi bertindak sedemikian selepas menyedari murid-murid di kawasan pedalaman jauh ketinggalan dalam kedua-dua subjek itu.
"Penguasaan bahasa Inggeris amat penting tetapi mengapa kanak-kanak di negara kita perlu mempelajarinya menerusi Sains dan Matematik.
"Selain mempelajari bahasa yang bukan dari bahasa ibunda mereka, kanak-kanak kita dibiarkan mengikuti pembelajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris," katanya.
Menurut beliau, kajian yang dijalankan Kementerian Pelajaran menunjukkan hampir 60,000 guru kedua-dua subjek itu mempunyai daya penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.
"Peratusan guru yang mampu berkomunikasi dengan baik amat mengecewakan. Mereka tiada latihan mencukupi untuk menghasilkan sesi pengajaran yang berkesan.
"Saya sendiri telah pergi ke sebuah sekolah untuk memantau guru-guru yang mengajar subjek tersebut. Namun apabila soalan diajukan, tiada murid-murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan itu.
"Sebaik saja soalan diajukan dalam Bahasa Malaysia, kebanyakan murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan itu," katanya ketika sesi dialog di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini, Sabtu.
Muhyiddin berkata, sesiapa saja tidak perlu beremosi apabila bercakap mengenai isu tersebut.
Katanya, beliau turut mempersoalkan mengapa sekolah kebangsaan diminta untuk mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris dan bukannya sekolah vernakular.
"Saya percaya kebanyakan ibu bapa mahu subjek berkenaan diajar dalam bahasa Malaysia jika mereka diberi peluang," katanya.
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menyerahkan referendum untuk menentukan perkara ini.
Muhyiddin berkata, jika kerajaan menetapkan kedua-dua subjek itu supaya diajar dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, murid-murid tidak akan memahami subjek tersebut dalam Bahasa Malaysia.
"Generasi pada masa hadapan akan menyalahkan saya kerana tidak mengutamakan Bahasa Malaysia.
"Jika Jepun, Jerman dan China yang mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka, saya percaya Malaysia juga boleh cemerlang dalam pelbagai bidang," katanya.
Sabtu Oktober 15, 2011

ANALISIS SALAH SAKU PELAJAR HINGGA BULAN OKTOBER

Posted by AZIMI2071

WELCOME TO CAMERON HIGHLANDS

Posted by AZIMI2071